• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Gesa Isytihar Darurat Bencana Toksik

oleh
14/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti mana negara pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di kawasan Ledang dan Muar pada 2013, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) meminta supaya darurat bencana toksik juga diisytiharkan di kawasan Pasir Gudang segera.

Itu merupakan satu daripada tiga cadangan dikemukakan Ahmad ketika memberikan soalan tambahan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dalam sesi pertanyaan menteri Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

“Pada 24 Jun 2013, Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi daerah Ledang dan Muar kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika itu melebihi 500.

“Oleh kerana itu kita cadangkan agar diisytiharkan darurat bencana toksik untuk daerah Pasir Gudang kerana pembersihan sungai hanya boleh selesai lebih daripada tujuh hari. Pengisytiharan darurat ini tidak perlukan perintah berkurung dan ia boleh diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi,” katanya.

Dua lagi cadangan yang dibawakan Ahmad adalah supaya kerajaan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menambah hukuman dan meningkatkan penyelarasan serta semua mangsa terlibat diberikan pampasan yang sewajarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ahmad Maslandaruratpencemaran toksik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd