• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Penggal Kedua Parlimen Ke-14

oleh
11/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14.

Acara itu melakar sejarah tersendiri kerana ini kali pertama Seri Paduka berangkat merasmikan persidangan itu selepas melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sejurus selepas pukul 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Turut menyambut keberangkatan Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat ,Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Al-Sultan Abdullah kemudian diiringi ke Peterana Diraja sebelum lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan.

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan diiringi tembakan meriam 21 das.

Selesai istiadat berkenaan, Al-Sultan Abdullah diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini hingga 11 April.

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd