• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Acik…Aleya Dah Mati”

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kata-kata “Acik…Aleya dah mati” oleh anak keempat pasangan suami isteri suspek utama kes kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah mencetus persoalan kepada ibu kanak-kanak malang itu tentang keberadaan anaknya.

Rosmaliah Samo, 31, berkata, ayat tersebut didengarinya semasa dia bermain-main bersama anak lelaki pasangan itu ketika berada di rumah mereka di Kuarters Hospital Langkawi.

“Pada 23 Februari lalu, pasangan suami isteri itu datang mengambil saya untuk pulang ke rumah mereka di kuarters tersebut. Pada hari yang sama, anak mereka melontarkan ayat tersebut kepada saya, pada mulanya saya memang tidak syak apa-apa cuma perasaan sedikit gusar dalam masa yang sama ada terfikir mungkin apa yang dikatakan budak tersebut betul.

“Keesokkan harinya saya bertanya kembali soalan kepada kanak-kanak tersebut, kali ini saya terima jawapan berbeza iaitu Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya ketika ditemui semalam.

Rosmaliah berkata dia berada di rumah pasangan tersebut bermula 23 hingga 27 Februari, dalam tempoh 5 hari tinggal di sana dia tidak pernah sekalipun melihat kelibat anak keduanya itu hingga pada satu ketika ada terfikir anaknya itu memang sudah mati.

“Saya ada bertanya dengan suspek lelaki tersebut beberapa kali di mana anak saya, namun jawapan yang diberikan Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya.

Rosmaliah berkata beliau kemudian pulang ke asrama tempat tinggal pada 27 Februari, namun pasangan itu datang mencari serta memaksanya untuk kembali pulang ke kuarters tersebut pada hari berikutnya.

“Saya kemudian beri amaran supaya serahkan kembali Aleya dalam tempoh 2 hari ataupun laporan polis akan dibuat,” katanya sambil menambah kali terakhir berjumpa anaknya itu ialah pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, katanya, selepas pasangan itu gagal untuk memulangkan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, Ahad lalu.

Beliau berkata polis memaklumkan pasangan itu tiada di rumah dan pemeriksaan di hospital tempat kerja wanita itu mendapati dia mengambil cuti kecemasan untuk pulang ke kampung.

Menurutnya, selepas itu beliau dimakklumkan pasangan itu ditahan polis di Ampang, Selangor, petang semalam.

Rosmaliah berkata sepanjang tinggal bersama pasangan tersebut sekitar November hingga Januari, beliau ada beberapa kali melihat suspek lelaki itu memukul anaknya malahan pernah sekali melihat lelaki itu mencucuh puntung rokok di lengan anaknya.

“Dalam tempoh 2 minggu awal tinggal bersama mereka, lelaki itu ok aje…tidak pukul atau buat sebarang perkara lain tetapi semakin lama perangainya berubah dan saya pernah nampak di tampar Aleya di depan mata saya, cubit lengan, cucuh puntung rokok dan lambung anak saya itu tinggi-tinggi.

“Banyak kesan lebam di tangan anak saya itu. Bila saya tegur dia marah kembali dan ugut pula untuk buat laporan mengenai saya yang tiada sebarang pengenalan diri, jadi saya pula rasa takut,” katanya.

Tags: kes bunuhNur Aisyah Aleya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd