• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

75,618 Terima Bantuan Program Rebat Bil Elektrik

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 75,618 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih dan tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar telah menerima bantuan rebat elektrik berjumlah RM40 sebulan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40 setakat 11 Mac lalu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, ia melibatkan 36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima rebat yang layak iaitu sebanyak 213,965 ketua isi rumah.

“Masih ramai lagi yang tidak menerima faedah rebat ini kerana hanya 36.1 peratus sahaja yang mempunyai data yang sepadan dengan akaun utiliti. Kebanyakan penerima yang layak tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik dengan syarikat utiliti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang ingin tahu kaedah penambahbaikan bagi Skim Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 supaya dapat membantu lebih banyak keluarga memandangkan kebanyakan keluarga yang menerima rebat melalui Program Rebat Bil Elektrik RM20 dahulu tidak layak berdaftar dengan e-Kasih.

Beliau turut menyeru supaya semua wakil rakyat bersikap proaktif dengan turun padang dan membantu ketua isi rumah yang layak untuk membuat pendaftaran bil elektrik dengan syarikat utiliti.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 diperkenalkan sejak 1 Januari tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat terpelihara.

Tags: ParlimenRebat Bil ElektrikTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd