Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Skandal LCS: Fail Dibuka,...

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail...

Korban Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kematian koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 170,000 pada hari...

KKM Belum Dapat Laporan...

SUNGAI PETANI - Kementerian Kesihatan masih belum mendapat laporan penuh bedah siasat kematian...

Pintu Persefahaman MN Belum...

SEREMBAN : Pintu persefahaman antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) masih...

6 Individu Didakwa Berhubung Rumah Urut

SHAH ALAM – Kira-kira enam individu yang terlibat berhubung menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut akan didakwa di Mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pendakwaan terhadap individu itu selepas mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan secara lanjut individu-individu yang didakwa pada hari ini.

“Hari ini kita tuduh empat ke enam orang. Pendakwaan ini akan berterusan dengan semua kertas siasatan yang diserahkan telah dicadangkan supaya didakwa namun bergantung pada DPP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian kompleks pejabat baharu SPRM Selangor hari ini.

Sebelum ini, seramai 14 individu termasuk tujuh penjawat awam terdiri seorang Ketua Balai Polis telah ditangkap berhubung kes melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Azam meminta mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan dilakukan SPRM berhubung rumah urut ini supaya bertemu pihaknya.

“Kita menjalankan tindakan mengikut bidang kuasa (kami) dan mengalukan mana-mana jabatan dan PBT hendak bekerjasama dengan SPRM.


“Sekiranya tidak berpuas hati, baik bertemu kami untuk lanjut,” jelasnya.

Ketika ditanya pemberita berkenaan orang kenamaan yang dikatakan terlibat dalam kes rumah itu, beliau menegaskan enggan mendedahkan nama terlibat.

“Biar kami menjalankan pemantauan dan siasatan dan tangkapan bergantung siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Kategori