• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

51 Kilang Plastik Haram Masih Beroperasi Di Selangor

oleh
25/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 51 kilang plastik haram dikesan masih ingkar dengan terus beroperasi di seluruh Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han.

Disebabkan itu kata Sze Han, pihaknya memerlukan kerjasama daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyekat bekalan air serta elektrik sebagai langkah efektif bagi mengekang operasi kilang-kilang haram berkenaan.

“Kita sedang berbincang dengan SPAN serta suruhanjaya itu dan kita akan pastikan bekalan air serta elektrik (terhadap kilang-kilang haram) akan dipotong (dalam masa terdekat),” katanya bagi menjawab soalan tambahan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tuck Chee dalam soalan tambahannya bertanya sama ada operasi yang dijalankan kerajaan negeri dalam membanteras kilang plastik haram memerlukan bantuan daripada agensi utiliti untuk menyekat bekalan tenaga dan air kepada kilang berkenaan.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, setakat ini, sebanyak 107 kilang plastik haram dikesan beroperasi di Selangor yang mana 99 kilang diberi notis penutupan manakala 48 daripadanya telah ditutup sepenuhnya.

Tags: kilang plastik haramselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd