• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Syahid Serangan Ke Atas 2 Masjid Di New Zealand

oleh AK-47
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI berita BBC melaporkan, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden memberitahu bahawa setakat ini 40 kematian dilaporkan berlaku dalam dua serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch sekitar 1.40 tengahari waktu tempatan.

Sementara 20 lagi mangsa cedera parah.

Masjid yang terlibat adalah Masjid Al Noor di tengah Christchurch, berhadapan Hagley Park dan Masjid Linwood di Linwood Avenue.

Polis negara berkenaan mengesahkan setakat ini 3 lelaki dan seorang wanita termasuk seorang warganegara Australia telah ditahan bersabit serangan berkenaan.

Lelaki Australia berkulit putih berkenaan dikatakan seorang ekstremis berhaluan kanan dengan kecenderungan untuk bertindak ganas.

Kesemua mereka yang ditahan tidak pernah berada dalam senarai pemerhatian polis untuk sebarang aktiviti keganasan sebelum ini.

Arden menyifat kejadian hari ini sebagai waktu yang paling malang (darkest hours) untuk negara berkenaan.

Kesemua masjid diarahkan agar ditutup sementara berikutan kebimbangan lebih banyak serangan menyusul.

Serangan di Masjid Al Noor telah distrim secara langsung (dipercayai oleh penyerang) ke Facebook dan pihak berkuasa New Zealand kini sedang berusaha untuk membuang rakaman berkenaan daripada semua media sosial.

Seorang rakyat Malaysia juga diserang tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil kini.

Suruhanjaya Tinggi di New Zealand meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau [email protected]. – Mynewshub.TV

Tags: al Noor ChristchurchmasjidNew Zealand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd