• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Sekolah Terjejas Pencemaran Kimia

oleh
12/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Selepas dua sekolah, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih terjejas akibat pencemaran bahan kimia, kini dua lagi sekolah menerima nasib sama.

Sekolah tersebut ialah SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort yang menjadikan empat buah sekolah terjejas setakat ini ekoran pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Khamis lalu.

SK Tanjung Puteri Resort terletak berhampiran dua buah sekolah yang ditutup tersebut dan lapan pelajarnya kini dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas menunjukkan simptom keracunan bahan kimia, hari ini.

Exco Kesihatan, Dr. Sahruddin Jamal mengesahkan perkara tersebut, sebentar tadi.

Beliau berkata, lapan pelajar terbabit mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan yang tersebar bahawa kesemua mangsa tidak sedarkan diri.

“Yang dibawa ke HSI kerana menghidap simptom yang sama seperti pesakit lain namun memerlukan pemantauan lanjut. Sementara yang lain hanya mendapat rawatan di dewan (Dewan Komuniti Taman Pasir Putih),” katanya.

Tinjauan mendapati lebih 100 pelajar SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort sedang menerima rawatan di dalam dewan.

Suasana sedikit kecoh apabila ibu bapa mahu mengetahui keadaan anak masing-masing dan mereka tidak dibenarkan masuk bagi memberi ruang kepada pesakit mendapat rawatan.

Guru bertugas turut meminta ibu bapa bertenang dan tidak risau anak-anak yang sedang menerima rawatan. – Sinar Harian

Tags: Gas KimiapencemaranSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd