Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Pahlawan 2022...

PUTRAJAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Selangor Gerak Semua Bahagian...

SHAH ALAM - Semua bahagian UMNO Selangor akan digerakkan bagi memastikan Pas memenangi kerusi...

Kursus Ternakan Ikan Keli...

KOTA KINABALU - Peter Lampik dari Kampung Minyak, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari...

Mufti Tempelak Air Jampi...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menempelak pihak...

2 Batang Gigi, Kesan Darah Sah Milik Nur Aisyah

LANGKAWI – Suspek lelaki kes penemuan mayat kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di dalam sebuah gaung di Gunung Raya, pada 6 Mac lepas, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek lelaki berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Razali Che Ani yang telah bersetuju untuk menuduh suspek lelaki tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek kedua iaitu wanita berusia 40 tahun dibebaskan dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu direman bermula 7 Mac bagi membantu siasatan selepas penemuan tengkorak, gumpalan rambut dan dua batang gigi dipercayai milik Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya semasa dalam jagaan mereka.


Mohd Iqbal berkata hasil analisis ke atas dua batang gigi yang ditemukan di lokasi tersebut oleh Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, berpadanan dengan sampel darah ibu kandung kanak-kanak itu.

“Selain analisis dua batang gigi itu, analisis darah pada bantal dan darah pada toto (selimut tebal) yang dirampas di rumah suspek adalah berpadanan dengan DNA Nur Aisyah Aleya,” katanya.

Kategori