• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Tidak Boleh Larang Bersatu Masuk Sabah

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya tidak boleh melarang kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah.

Bagaimanapun, tegas beliau Warisan mempunyai matlamat dan hala tuju yang sangat jelas.

“Kami telah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum dan selepas pilihan raya, kami membentuk kerajaan persekutuan bersama-sama dan kami akan terus menjalin kerjasama dengan mereka demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, mengumumkan keputusan parti untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

Pada masa sama, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor mengesahkan lima Anggota Parlimen dan lapan Anggota Dewan Undangan Negeri yang keluar UMNO Disember lepas, menyerahkan permohonan untuk menyertai Bersatu.

Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee juga mengesahkan kira-kira 100,000 bekas anggota UMNO bersedia untuk menyertai Bersatu.

Mohd Shafie berkata beliau turut menyedari perasaan penyokong parti dan juga rakyat Sabah berhubung keputusan Bersatu.

“Nasihat saya bukan untuk beremosi tetapi tetap fokus untuk membangunkan negeri bagi manfaat rakyat Sabah. Memimpin Sabah dengan sebaik mungkin dan memastikan hak-hak kita dikembalikan semula dan disahkan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi keutamaan kita,” katanya.

Mohd Shafie juga berkata rakyat Sabah telah memberi mandat kepada Warisan untuk mentadbir Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Mereka telah jemu dengan kerajaan pimpinan UMNO-BN dan mahukan perubahan yang lebih baik. Kami menghormati mandat yang diberi dan akan terus mentadbir kerajaan negeri sebaik mungkin bagi memastikan apa yang dimahukan oleh rakyat Sabah dari segi pembangunan serta peluang pekerjaan. Ini yang telah dijanjikan, dan kami akan memastikan ia terlaksana,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSATUparti warisan sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd