Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

9 Ditemui Maut, Termasuk...

EDMONTON (Alberta) - Sembilan orang, termasuk tujuh dewasa dan dua kanak-kanak ditemui mati...

Perbaiki Rekod Peribadi, Namun...

GOLD COAST – Biarpun berjaya mengatasi rekod peribadi, atlet angkat berat termuda beraksi...

Kemenangan Tun M Tak...

LANGKAWI - Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan...

Bangsa Champa Tubuh Organisasi...

KUANTAN - Satu organisasi khas akan diwujudkan dalam masa terdekat bertujuan mengembalikan semula...

Wanita Dakwa Dikejar, Ditolak Makhluk Yowie

CAIRNS – Seorang wanita mendakwa dia ditolak jatuh ketika menuruni sebuah bukit di sini oleh Yowie iaitu satu makhluk berbulu lebat bersaiz besar seakan-akan seekor bigfoot kira-kira 30 tahun lalu.

Wanita yang enggan namanya disiarkan dari Woree di sini menceritakan pengalamannya kepada seorang pentadbir Penyelidikan Yowie Australia, Dean Harrison yang sedang menjalankan kajian mengenai kewujudan makhluk itu sejak 25 tahun lalu.

Pendedahan wanita itu kemudian disiarkan di beberapa buah akhbar di Australia baru-baru ini.

Wanita tersebut mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di sebuah kawasan berdekatan hutan dan bukit pada tahun 1990.

Sebaik terserempak dengan Yowie, dia menyangka makhluk itu ialah seorang lelaki yang memakai kostum gorila berwarna keperang-perangan.


Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dikejar haiwan tersebut sebelum bahagian belakang badannya ditolak kuat menyebabkan dia tergelincir di kawasan kaki bukit.

Wanita itu menyatakan dia bernasib baik kerana sempat melompat melepasi pagar sebelum berlari ke arah keretanya. – Agensi

Kategori