• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VPATM Mahu Kerajaan Segera Umum Kuota Haji

oleh
04/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Perlis menggesa kerajaan pusat segera mengumumkan kuota haji untuk mereka supaya anggotanya yang layak dapat membuat persiapan ke Tanah Suci tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Idrus Kassim berkata mereka bukan mengharapkan bantuan wang daripada kerajaan tetapi memadai dengan meneruskan pemberian kuota seperti sebelum ini.

“Ramai anggota PVATM mempunyai simpanan mencukupi dan berusia lebih 60 tahun mengharapkan kuota sebanyak 2,000 kepada mereka dikekalkan,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Menurut Idrus, biasanya pengumuman mengenai peruntukan kuota itu dibuat oleh kerajaan pusat tetapi sehingga kini belum kedengaran apa-apa.

“Oleh kerana Tabung Haji telah memulakan kursus haji untuk bakal haji tahun ini, maka adalah wajar kerajaan tidak berlengah mengumumkannya,” kata beliau.

Idrus turut menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran tentera tahun ini bagi meringankan beban hidup mereka terutama yang bekeluarga. – BERNAMA

Tags: PVATMveteran tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP Tuntut Jawatankuasa Bincang Tuntutan Dari Demo Veteran Tentera

07/06/2022
0

Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa parlimen rentas parti untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh...

Veteran Tentera Mahu Tanding PRU15

05/05/2021
0

PETALING JAYA - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan platform...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd