• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kelantan Harap Wujud Penyatuan Dengan PAS

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat direalisasikan dengan membentuk satu hubungan lebih kukuh yang bukan sahaja persefahaman dalam kerjasama tertentu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata hasrat berkenaan sudah dinyatakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui satu memorandum yang disampaikan sebelum ini.

“Badan Perhubungan UMNO Kelantan adalah antara yang terawal membuat ketetapan bukan sahaja menyokong malah mendesak agar penyatuan politik dilaksanakan.

“Kita memohon agar satu pakatan hendaklah disegerakan. Sekarang keadaan bangsa dan agama cukup terancam dan amat penting wujudnya penyatuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Media di Kota Bharu, malam tadi.

Jelasnya, apa yang perlu dilakukan lagi adalah perundingan lanjut dan sesuatu perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, mengulas mengenai penghijrahan beberapa pimpinan UMNO Kelantan termasuklah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ahmad Jazlan menegaskan tindakan itu tidak akan melemahkan UMNO Kelantan. – BERNAMA

Tags: KelantanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd