• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Ahmad Sarji Dilantik Pengerusi Baharu IKIM

oleh
14/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuat kuasa 4 Februari lepas.

Menurut IKIM dalam satu kenyataan pada Rabu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melantik Ahmad Sarji kerana beliau berpengalaman luas dan cemerlang dalam menerajui pelbagai badan kerajaan dan organisasi di dalam sektor awam, korporat, agama, pendidikan, budaya dan sukan sejak 1961 sehingga kini.

“Pada tahun 2018 beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam.

“IKIM amat yakin pelantikan Tun Ahmad Sarji akan mengukuhkan lagi prestasi IKIM dalam menjayakan misi dan visi penubuhannya untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa dengan menjalankan program-program penyelidikan bermanfaat besar, meningkatkan kefahaman Islam yang benar kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara serta memberi khidmat perundingan kepada semua pihak melalui saluran media dan ilmiahnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, Dr. Mahathir turut melantik Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman sebagai Naib Pengerusi IKIM berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Tan Sri Sheikh Ghazali mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan antara lain merupakan Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin (Syariah) di Jabatan Peguam Negara Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Justeru, warga kerja IKIM merakamkan setinggi penghargaan kepada Dr. Mahathir di atas kedua-dua pelantikan ini.

“Tahniah diucapkan kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, pengerusi IKIM disandang bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjawat jawatan tersebut pada 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018 manakala Naib Pengerusinya, Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali yang meninggal dunia pada 31 Oktober 2017.

Ahmad Sarji yang merupakan pengasas institusi ini dilantik menjadi pengerusi yang pertama pada 1992. – BERNAMA

Tags: Ahmad SarjiIKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

14/03/2024
0

Kuala Lumpur : Biarpun kandungannya banyak memetik ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ajaran The Ahmadi Religion of Peace...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian runtuhan bumbung di dewan di Institut Kefahaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd