• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu Ijazah: Sila Letak Jawatan, Kata Pemuda UMNO

oleh
08/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menggesa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Marzuki Yahya mempunyai tanggungjawab moral bagi menjaga kredibiliti kepimpinan dalam kerajaan dengan melepaskan jawatan.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendedahan mengenai status sijil ijazah Universiti Cambridge Marzuki yang didakwa palsu dan tidak diiktiraf oleh mana-mana badan akreditasi pendidikan adalah amat memalukan negara.

“Saya tidak bermaksud seseorang itu harus berkelayakan tinggi jika ingin menjadi ahli politik namun sebagai seorang Timbalan Menteri Luar yang menjadi ‘wajah’ Malaysia di mata dunia, tindakan beliau yang cuba memalsukan status akademik, mempamerkan tahap integriti seorang pemimpin.

“Bagaimana seorang pemimpin yang mempertaruhkan moral dan etikanya mampu bertindak selaku perunding utama mewakili Malaysia dalam pelbagai perjanjian antarabangsa akan dihormati oleh negara luar?” katanya dalam satu kenyataan.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef yang membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang mendakwa program pengajian jarak jauh bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti Marzuki itu tidak wujud di Universiti Cambridge.

Pemilik akaun Facebook itu didapati telah memuat naik status berkenaan perkara tersebut pada 3 Februari lepas.

Berdasarkan semakan melalui soalan lazim di laman web universiti berkenaan, mendapati tiada sebarang program PJJ ditawarkan.

Susulan itu, Marzuki telah menegaskan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut melahirkan kekecewaan apabila beberapa pemimpin tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertahankan dan menganggap tindakan Marzuki tidaklah seburuk mencuri wang rakyat.

“Seolah-olah PPBM menghalalkan penipuan dan perbuatan memalsukan sijil akademik. Apakah ini nilai perjuangan PPBM yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, moral yang tinggi dan amalan tadbir urus yang baik?” soalnya.

Justeru itu, beliau berkata, sebagai pemimpin parti yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, Marzuki harus mengotakan apa yang diperjuangkan oleh parti. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiMarzuki YahyaPemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd