• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Semenyih Perlu Ditangguhkan Sementara

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih perlu ditangguhkan sementara menunggu prosiding mahkamah mengenai legitimasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didengar.

Badan itu kini dikendalikan oleh seorang individu sahaja, kata pesara anggota suruhanjaya tersebut.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, kes itu memerlukan perhatian segera kerana enam jawatan lain masih kosong ketika keputusan mengenai pencalonan dan tarikh pengundian dibuat.

“Legitimasi SPR mestilah disahkan atau ia akan menetapkan teladan yang buruk,” katanya.

Wan Ahmad menambah bahawa Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa SPR akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi, dan lima ahli lain.

Memandangkan pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun sebelum ini mengatakan bahawa mesyuarat mengenai PRK Semenyih dibuat bersama dengan sekretariat, Wan Ahmad berkata kesahan mesyuarat itu akan dipersoalkan kerana setiausaha tersebut bukan seorang pesuruhjaya.

“Setiausaha itu dilantik oleh SPR dan bukan sebahagian daripada suruhanjaya.

“Tambahan pula, anda tidak boleh memanggilnya suruhanjaya kerana ia terdiri hanya satu individu,” katanya.

Wan Ahmad berkata, tindakan seorang pengundi di Semenyih mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan pilihan raya itu adalah tepat pada masanya.

Kekosongan jawatan masih belum dipenuhi berikutan peletakan jawatan beramai-ramai enam anggota suruhanjaya berkenaa yang berkuatkuasa 1 Jan tahun ini. – The Star

Tags: prk semenyihSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd