• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Ziarahi Keluarga Allahyarham Nurul Ain

oleh
08/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain Sajali di Kampung Sepakat, Masai, di sini, Khamis malam.

Menurut catatan dalam laman Facebook The Royal Johor, baginda berangkat tiba di kediaman keluarga Nurul Ain pada 9 malam, beberapa minit selepas ketibaan jenazah kanak-kanak itu.

Nurul Ain yang berusia sembilan tahun, lemas dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, pada Rabu, dan mayatnya ditemukan kira-kira 4.30 petang Khamis.

Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir 45 minit membaca Surah Yasin serta menemui kedua ibu bapa Allahyarham Nurul Ain, Sajali Ninmat dan Nurin Abdullah.

Jenazah Nurul Ain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pertanian, Masai, selepas selesai solat Isyak.

Menurut catatan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Johor turut menzahirkan rasa sedih di atas tragedi yang menimpa kanak-kanak itu dan baginda berdua turut berkongsi kesedihan. – BERNAMA

Tags: Kes LemasRaja Zarith Sofiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd