Sample Page Title

SEMENYIH – Rumah dinaiki air sehingga harta benda rosak dan tanaman musnah akibat banjir. Itulah igauan ngeri yang membelenggu penduduk di beberapa kawasan di Semenyih setiap kali hujan lebat.

Menurut penduduk tempatan, kawasan di sepanjang Sungai Semenyih dan Sungai Rinching adalah lokasi yang sering terjejas akibat banjir berikutan limpahan air sungai berkenaan selain beberapa kawasan rendah yang turut berdepan risiko banjir kilat setiap kali hujan lebat dalam tempoh yang lama.

Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata pengundi di Semenyih mahukan penyelesaian jangka panjang kepada isu banjir yang diibaratkan sebagai dugaan ‘wajib’ apabila hampir setiap tahun bencana itu melanda mereka.

Peniaga, Saliza Rahaman, 42, berkata, isu banjir bukan sahaja berlaku di kawasan berdekatan sungai-sungai utama, malah kawasan di pekan khususnya kawasan rendah turut berisiko dinaiki air

“Jangankan kawasan dekat dengan sungai, di pekan pun kalau hujan dua, tiga jam sudah dinaiki air, lebih-lebih lagi di kawasan yang rendah. Rumah habis rosak, kebun pun rosak. Saya harapkan bukan sahaja projek tebatan banjir diperbanyakan, malah kerja-kerja penyelenggaraan saliran di kawasan pekan juga perlu diutamakan supaya tiada lagi berlaku banjir kilat,” katanya kepada Bernama.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Normah, 39, berkata, kawasan rendah seperti Jalan Semenyih di hadapan Klinik Kesihatan Kajang, antara lokasi yang kerap dinaiki air apabila hujan lebat.

“Jalan Semenyih ini adalah jalan utama di Semenyih, bayangkan pengguna jalan terperangkap dan terpaksa menunggu hingga hampir sejam apabila air dari parit berdekatan melimpah setiap kali hujan lebat,” katanya.

Data banjir Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Negeri Selangor menyenaraikan kawasan berhampiran dua sungai berkenaan iaitu Kampung Batu 3, Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hilir dan Kampung Rinching Tengah sebagai kawasan yang paling kerap dilanda banjir.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Selangor menerusi JPS negeri telah melaksanakan rancangan tebatan banjir (RTB) di Sungai Semenyih (siap 2018) dan merancang melaksanakan projek sama di Sungai Rinching bagi mengatasi isu banjir di Semenyih. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Logo PAS Atau PN, Tunggu Mesyuarat – Sanusi

ALOR SETAR : Keputusan sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau bertanding menggunakan...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang Kebankrapan – PM

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan yang...

KPLB Tunggu Kelulusan MOF Naikkan Elaun Pembantu Tabika Kemas

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan...

Keputusan Kes Rasuah Bekas Exco Johor Ditangguh 7 Ogos

JOHOR BAHRU : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes bekas Exco...

Gambar Tunku Ismail, Cools Cetus Spekulasi

KUALA LUMPUR : Tindakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut Rakyat: Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu isu...