• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Ditempatkan Di 6 Stesen MRT

oleh
20/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM stesen Transit Aliran Massa (MRT) dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ kejadian jenayah paling kerap, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Katanya, enam stesen itu adalah Taman Mutiara Cheras, Batu 11 Cheras, Bukit Bintang, Maluri, Kajang dan Taman Pertama, Cheras.

Sehubungan itu, katanya satu pasukan petugas khas diwujudkan khususnya di enam stesen MRT tersebut, bagi meningkatkan aspek keselamatan para penumpang susulan insiden yang menimpa seorang wanita di Taman Mutiara Cheras pada 14 Februari lalu.

“Petugas khas terlibat yang terdiri daripada 1,300 polis bantuan berperanan untuk melakukan pemantauan di stesen dengan berpakaian biasa pada setiap masa.

“Kita juga telah memastikan jika pengguna MRT memerlukan khidmat pengiring untuk ke kawasan parkir, mereka boleh meminta bantuan daripada polis bantuan,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 48 tahun cedera dibelasah seorang lelaki, sebelum menyamun mangsa di sebuah lif di MRT Taman Mutiara, Cheras. Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Loke berkata insiden itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta meningkatkan aspek keselamatan di semua 115 stesen MRT dan perhentian bas.

Katanya, pihak Prasarana juga akan menambah baik sistem lampu, dan kamera litar tertutup (CCTV) di semua stesen MRT serta kawasan sekitarnya bagi mengembalikan semula keyakinan penumpang wanita di stesen-stesen MRT.

“Semua rondaan di stesen akan menjadi lebih kerap khususnya di hotspots. Kita akan terus bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan dan polis untuk meningkatkan keselamatan bagi menangani isu jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: JenayahMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd