• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Makin Tak Popular?

oleh
04/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALAN Firma Fitch Solution bahawa populariti Pakatan Harapan (PH) merudum dalam beberapa bulan akan datang boleh dianggap sebagai petunjuk dan nilai populariti dalam konteks politik semasa.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata berdasarkan situasi itu, PH perlu bersifat seimbang dalam mengendali isu nasional sama ada berkaitan subsidi negara, pemansuhan atau pengurangan bajet, pengenaan cukai baharu mahu pun menentukan hala tuju negara.

Katanya, pengabaian kepada majoriti masyarakat sebenarnya tidak baik kepada masa depan gabungan dalam PH dan juga masa depan PH itu sendiri.

“Persepsi semasa bahawa kerajaan PH tidak mampu mengurangkan kos sara hidup adalah berbeza dengan harapan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bahawa PH boleh membantu mengurangkan beban rakyat seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), gaji minimum, penghapusan tol dan sebagainya.

“Kebimbangan Malaysia Baharu yang dipersepsikan mengabaikan masyarakat majoriti lebih 60 peratus perlu dikikis, dengan pembaharuan tanpa mengikis kepentingan Melayu sesuai dengan perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi tadi.

Awang Azman berkata, proses memperkenalkan dasar dan kesinambungan perlu dilihat lebih baik daripada apa yang sudah dibuat kerajaan terdahulu agar rakyat lebih yakin kepada kerajaan PH.

Firma penyelidikan Fitch Solution meramalkan populariti PH merudum dalam beberapa bulan akan datang kerana antara lain disebabkan dasar dan perbalahan dalam gabungan politik itu.

Firma penyelidikan itu menyatakan meskipun kajian itu tidak menjurus kepada kemungkinan pembubaran PH, namun risiko hal itu berlaku juga semakin meningkat.

“Pandangan kami di Fitch Solutions ialah PH mengalami risiko kejatuhan popularitinya kerana tiga sebab – pertama, pengundi mungkin semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos hidup.

“Kedua, gabungan itu berulangkali memaparkan perpecahan dan ketiga, kekecewaan pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan meneruskan ‘Malaysia Baru’ dengan tahap kesetaraan kaum yang lebih tinggi,” kata firma itu dalam satu kenyataan.

Firma itu menilai skor risiko politik jangka pendek Malaysia pada 72.5 daripada 100, dengan ‘proses membuat dasar’ dan ‘kesinambungan dasar’ menjadi sub-komponen paling lemah pada 68.3 dan 67.5.

Fitch Solutions memetik kegagalan PH setakat ini untuk memastikan beberapa janji pilihan raya, seperti menyelaraskan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dan memperkenalkan semula subsidi bahan api sebagai punca pertikaian.

Sementara itu Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mansor Mohd Noor, berkata beliau sependapat dengan ramalan dibuat firma berkenaan. – myMetro Online

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd