• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

oleh
07/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang kononnya dikendalikan oleh syarikat swasta.

Jelas beliau, AES sebenarnya dikendalikan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang memberikan manfaat besar kepada pencarum-pencarum terdiri daripada anggota tentera.

Kata Khalid, tahun lepas kerajaan PH telah menyelesaikan situasi syarikat swasta mengutip denda AES dan sekarang kutipan saman pergi kepada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan kerajaan.

“Tetapi apa yang Khalid tidak beritahu ialah syarikat swasta yang dimaksudkannya ialah LTAT di mana pencarum-pencarum LTAT adalah daripada kalangan anggota tentera Malaysia bukan mana-mana syarikat swasta ataupun kroni,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Khalid berhubung tindakan beberapa pemimpin termasuk Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini lantang menentang AES tetapi kini mempunyai pandangan berbeza.

Menurut sebuah portal berita, Khalid menjelaskan bahawa mereka menentang AES sebelum ini kerana saman yang dikeluarkan menerusi sistem itu tidak disalurkan kepada kerajaan sebaliknya kepada syarikat swasta.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan semasa pentadbirannya semua kutipan saman tidak dibayar kepada syarikat swasta tetapi hanya caj servis RM16 bagi setiap keping saman dibayar kepada syarikat itu manakala baki yang lain dibayar kepada kerajaan.

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi Perdana Menteri (PM) iaitu pada tahun 2005.

“Jika Khalid berani, kalau dia beranilah, mungkin dia boleh tanya PM ke-4 tentang peranan beliau dalam projek ini,” katanya.

Menurut Najib, beliau telah mengarahkan supaya LTAT mengambil alih projek tersebut bagi membolehkan badan itu menjana pendapatan untuk veteran-veteran tentera yang telah berkorban menjaga keselamatan negara.

Jelas beliau, harga yang dibayar oleh LTAT untuk mengambil alih itu juga dipersetujui mengikut jumlah aset termasuk kutipan saman belum dijelaskan dan tempoh konsesi mengikut perjanjian.

“Kerajaan PH hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewayangan (Kewangan).

“Saya pelik mengapa menteri-menteri PH ini tidak ada sebarang rasa malu semasa membohong walaupun telah jelas-jelas terkantoi dengan fakta kukuh.

“Pembohongan ini bukan biashe-biashe (biasa-biasa) tetapi menidakkan veteran-veteran tentera,” ujar beliau. – Sinar Harian

Tags: AESAWASKhalid SamadNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tahap Kepatuhan Kepada AwAS Cecah 99 Peratus – JPJ

31/05/2022
0

PUTRAJAYA : Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd