• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Michelle Obama Buat Kejutan Di Grammy 2019

oleh
11/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kesibukan menjelajah mempromosikan buku biografinya, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama mengadakan kemunculan istimewa pada majlis Anugerah Grammy 2019.

Wanita yang sangat disenangi oleh rakyat AS itu tampil bersama-sama selebriti Lady Gaga, Jada Pinkett Smith dand Jennifer Lopez di pentas anugerah berpengaruh itu.

Michelle, 55, dan ketiga-tiga artis popular itu bercakap mengenai peranan muzik dalam kehidupan mereka.

Ketika memperkenalkan segmen kemunculan istimewa itu, hos Anugerah Grammy 2019, Alicia Keys berkata: “Muzik merupakan perkara yang kita cinta, muzik adalah segala-galanya. Saya sangat berbangga untuk membawa anda semua bersama-sama untuk menghargai detik ini.”

Sumber memberitahu media bahawa kehadiran Michelle ke majlis berkenaan juga atas dasar persahabatannya dengan rakan-rakan industri hiburan khususnya Keys.

Menurut sumber juga, Keys sudah beberapa kali dilaporkan berkunjung ke White House ketika suami Michelle, Barack Obama menerajui pentadbiran AS.

“Mereka (Michelle dan Keys) mempunyai hubungan yang sangat baik. Bahkan, Michelle juga mahu memberi sokongan pada Keys,” kata sumber itu lagi.

Dalam ucapan ringkas yang diberikan pada malam anugerah itu, Obama berkongsi aspirasinya mengenai muzik yang menarik perhatian penonton.

“Muzik sentiasa membantu bercerita mengenai hal saya dan saya tahu ia juga berlaku pada semua orang di sini,” kata Michelle lagi. – Agensi

Tags: GrammyMichelle Obama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lady Gaga, Black Panther Pemenang Awal Grammy

11/02/2019
0

LOS ANGELES - Lady Gaga, runut bunyi ‘Black Panther' dan penyanyi lagu rakyat, Brandi Carlile membawa pulang kemenangan awal pada...

Puji Filem ‘Black Panther’, Tapi Dikecam Netizen

22/02/2018
0

FILEM terbaru bergenre adiwira, Black Panther terbitan Marvel Studios nyata mencetuskan fenomena bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd