Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

TPM Umum Kenaikan Elaun...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Mahathir Syor Malaysia, Pakistan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh tentang ‘persamaan luar biasa’...

Putera Harry, Meghan Nafi...

PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle tiada perancangan untuk meninggalkan Kensington Palace atau...

Punca Kebakaran Stor Barang...

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor sedang menjalankan siasatan bagi mengenal...

Lady Gaga, Black Panther Pemenang Awal Grammy

LOS ANGELES – Lady Gaga, runut bunyi ‘Black Panther’ dan penyanyi lagu rakyat, Brandi Carlile membawa pulang kemenangan awal pada majlis Grammy seperti diumumkan penyanyi R&B, Alicia Keys.

Lagu hit Gaga, ‘Shallow’ dari filem ‘A Star is Born’ meraih kemenangan bagi kategori lagu terbaik untuk media visual manakala lagu ‘Joanne’ memenangi anugerah persembahan pop solo terbaik.

Gaga yang dijangka membuat persembahan berkata beliau amat terharu dan bersyukur atas kemenangan itu.

“Saya tidak akan mampu mengenakan sebarang solekan malam ini,” katanya menerusi Twitter.

Carlile, 37 menerima tiga trofi, dua untuk single berentak Americana, ‘The Joke’ dan satu lagi menerusi album ‘By the Way, I Forgive You’.


Runut bunyi untuk filem adiwira ‘Black Panther’ meraih anugerah skor muzik terbaik bagi media visual manakala penyanyi rap Childish Gambino menerima anugerah untuk kategori muzik video terbaik menerusi lagu ‘This is America’ yang mengisahkan sikap perkauman dan perlakuan ganas anggota polis.

Gambino, alter ego aktor Danny Glover adalah antara bintang terkenal yang tidak kelihatan pada acara terbesar dunia muzik itu. – Reuters

Kategori