Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Keputusan Semakan Kes SRC...

PUTRAJAYA : Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan...

Kerja 45 Jam Seminggu...

Berkuat kuasa pada 1 September ini, pindaan kepada Akta Kerja 1955 akan menyaksikan...

LZS Santuni 104 Asnaf...

KLANG - Seramai 104 asnaf fakir dan miskin hari ini menerima bantuan pembelian...

Sarawak Bertemu JDT Tanpa...

KUCHING – Pasukan Ngap Sayot bakal berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa...

Meninggal Dunia Terhidu Asap Sebelum Disambar Api

KUALA LUMPUR – Penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam tragedi kebakaran pada 2017, sudah meninggal dunia akibat tersedut asap sebelum disambar api yang mulai marak.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu demikian oleh Pakar Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheau Feng, yang menjadi saksi ke-59.

Dr. Sheau Feng berkata, sedutan asap kebakaran menjadi penyebab kematian kerana kesan jelaga boleh dilihat dalam saluran pernafasan mayat ketika bedah siasat.

Katanya, beliau melakukan bedah siasat ke atas enam mayat penghuni tahfiz itu yang semua rentung.

“Dalam laporan bedah siasat, tertulis kematian enam mangsa itu disebabkan tersedut asap kebakaran.

“Jarak masa antara tersedut asap kebakaran dan disambar api sangat cepat. Namun, mereka mati terlebih dulu sebelum terbakar. Tiada kesan kecederaan fizikal ditemui ketika bedah siasat.

“Hanya ada kesan terbakar pada (enam) mayat akibat kebakaran itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada perbicaraan dua remaja didakwa bersama-sama membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, kematian 17 mangsa yang dibedah siasat tiga doktor, dikenal pasti kerana tersedut asap kebakaran dengan 15 daripadanya rentung, manakala dua lagi terbakar tetapi masih dalam keadaan ‘sempurna’.


Enam lagi laporan bedah siasat ke atas enam mangsa yang dilakukan oleh seorang lagi doktor, bakal dikemukakan pada prosiding akan datang.

Pada 28 September 2017, dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan melakukan kesalahan terbabit di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi 14 September 2017.

Kedua-duanya yang kini berusia 17 tahun dan diwakili peguam Haijan Omar, masing-masing didakwa atas 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 3 April depan. – BH Online

Kategori