• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Berhasrat Jadi Hab Ikan Laga

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA berhasrat menjadikan industri ikan laga sebagai satu daripada “signature product” negeri itu, kata Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee.

Norhizam berkata ia termasuk cadangan mewujudkan Pusat Betta Melaka (MBC) sebagai pusat operasi dan aktiviti komuniti peminat dan penggiat ikan laga, seterusnya menjadi hab dan koridor Wilayah Selatan menjelang tahun 2023.

Beliau berkata industri itu dilihat mampu berkembang dalam jangka masa singkat, seterusnya dapat mempromosi dan menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Melaka.

“Tidak seperti ikan hiasan lain, ikan laga (Betta) mudah dijaga dan melibatkan kos penjagaan yang murah selain boleh dijadikan penyeri di ruang tamu atau sebagai hiasan dalaman yang menarik kerana sifatnya yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

“Harga seekor ikan laga juga boleh mencecah hingga ratusan atau ribuan ringgit, seterusnya menjana pendapatan dan memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya,” katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat Kelab Betta Melaka (KBM).

Norhizam berkata kelab itu kini mempunyai 100 ahli dan jumlah itu dijangka bertambah dari masa ke semasa berikutan industri ikan laga mempunyai ramai peminat dan pengusahanya yang tersendiri di Melaka.

Beliau berkata pihaknya juga akan mempromosiikan aktiviti membela ikan laga di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai dalam kalangan masyarakat berminat kepada ikan hiasan tersebut.

“Kita juga menggalakkan KBM untuk bersama-sama terlibat dalam usaha tersebut di samping menganjurkan pertandingan ikan laga bagi menarik minat orang ramai terhadap ikan hiasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Azmely berkata KBM akan menganjurkan pertandingan ikan laga ‘Melaka Betta Challenge 2019’ pada awal April depan di Tengkera dalam usaha memperkenalkan ikan laga sebagai ikan hiasan kepada orang ramai. Kejohanan itu dijangka mampu menarik 1,000 penyertaan dari seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Ikan LagaMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd