• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Selepas Makan Di Restoran Bertaraf Michelin

oleh
22/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VALENCIA – Seorang wanita dilaporkan maut manakala 28 yang lain jatuh sakit setelah menjamu selera di sebuah restoran bertaraf Michelin di Sepanyol.

Mangsa, seorang wanita berusia 46 tahun datang menjamu selera di restoran RiFF, bersama keluarganya pada malam Sabtu lalu dan dilapor meninggal dunia keesokan paginya.

Suami dan anak lelaki mangsa berusia 12 tahun turut mengalami cirit-birit dan muntah.

Restoran bertaraf satu bintang Michelin yang menghidangkan ‘sajian inovatif’ tersebut kini ditutup bagi membolehkan pegawai kesihatan menyiasat punca sebenar insiden.

Sehubungan itu, pihak berkuasa turut mengesan 75 pengunjung yang datang ke restoran terbabit antara 13 dan 16 Februari lalu dan mendapati 29 orang telah mengalami keracunan makanan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Wilayah Valencia berkata, pegawai pemeriksa makanan gagal menemui punca jelas ketika menjalankan pemeriksaan di restoran terbabit.

Bagaimanpun, sampel hidangan yang disajikan dalam menu telah dihantar ke Institut Toksikologi Kebangsaan untuk analisis.

Terdapat laporan mengatakan cendawan morel berkemungkinan menjadi punca keracunan, namun pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian sebelum membuat sebarang pengumuman.

Pemilik dan ketua chef RiFF, Bernd Knöller berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan pegawai kesihatan bagi mengetahui punca sebenar.

“Saya merasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan membuat keputusan untuk menutup restoran ini sehingga punca sebenar insiden diketahui,” kata Knöller. – BBC

Tags: mautMichelinrestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd