• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mama Jangan Sedih, Jangan Menangis”

oleh
16/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI sebalik tirai besi, seniman terkenal Indonesia, Ahmad Dhani menulis sepucuk surat khusus buat ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler.

Surat bertarikh 13 Februari (Rabu) ditulis ketua kumpulan Dewa 19 itu dari penjara Klas 1 Surabaya, Medaeng, Sidoarjo, Jawa Timur, tempat Ahmad Dhani ditahan ketika ini.

Portal berita Kompas melaporkan, peguambela Ahmad Dhani, Hendarsam Marantoko mengesahkan surat berkenaan ditulis sendiri penyanyi berkenaan.

Dalam surat tersebut, Ahmad Dhani meminta ibunya agar tidak bersedih dengan apa yang berlaku padanya.

Penahanan di penjara, kata Ahmad Dhani, menjadikan dia seorang manusia yang lebih sabar dan akan tambah bersabar apabila dibebaskan kelak.

Mukadimah surat Ahmad Dhani itu ditulis dengan kata-kata: “Surat untuk mama, dari anakmu tercinta.”

Merujuk dirinya sebagai tidak bersalah, Ahmad Dhani berkata, penjara bagi ‘mangsa’sepertinya saling tidak ubah seperti Sekolah Tinggi Ilmu Kesabaran (STIK).

“Alhamdulillah, sekarang aku menjadi orang yang lebih sabar. Mama jangan sedih, mama jangan menangis, keluar dari penjara laknat ini, Insya-Allah, aku menjadi orang yang lebih sabar,” tulis Ahmad Dhani lagi.

Menurut Hendarsam, surat berkenaan diserahkan Ahmad Dhani kepada istrinya Mulan Jameela untuk dikirim kepada ibunya yang kini menetap di Surabaya.

Pada 28 Januari lalu, Majlis Hakim Mahkamah Negeri, Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani.

Seniman itu dijatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Ahmad Dhani kini dipindahkan sementara ke penjara Medaeng di Surabaya, Jawa Timur sementara menantikan pendengaran kes lain di Mahkamah Negeri Surabaya. – Agensi

Tags: Ahmad DhaniSURAT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd