• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Selesai Masalah Dengan Korea Utara

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara berikutan pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Malaysia.

“Malaysia akan menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara kemudian,” kata beliau selepas menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada enam bekas anggota Parlimen yang keluar UMNO di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Dr. Mahathir yang juga pengerusi Bersatu berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Malaysia menganggap sidang kemuncak kedua antara pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara sebagai perkembangan positif untuk membuka semula kedutaannya di Pyongyang.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini mengumumkan bahawa sidang kemuncaknya yang kedua dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan diadakan di Hanoi, Vietnam, pada 27 dan 28 Februari.

Pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 2017 mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

Menurut laporan terdahulu, Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang tidak mempunyai kakitangan sejak April 2017.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review tahun lepas, Dr. Mahathir dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyong dan mungkin menjalin semula hubungannya dengan Korea Utara.

Dr. Mahathir berkata Malaysia tidak mahu berkonfrontasi dan berkonflik dengan mana-mana negara.

“Sebarang percubaan oleh mana-mana negara untuk bekerjasama dengan Malaysia adalah dialu-alukan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKim Jong-unKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd