• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Mengaku Tak Salah Minta, Terima Rasuah

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Johor Bahru hari ini terhadap tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada seorang lelaki, dua tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Shariff Ahmad, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Shariff yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai RM10,000 daripada Muhammad Audi Musa sebagai dorongan untuk menutup kes dadah yang sedang disiasat Bahagian Narkotik IPD berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah bengkel, di Kulai, kira-kira 6.20 petang, 31 Dis 2017.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa secara rasuah bersetuju terima suapan wang tunai RM3,000 daripada Muhammad Audi bagi menutup kes sama manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk menutup kes sama.

Perbuatan terbabit masing-masing didakwa dilakukan di hadapan bengkel sama pada 9.25 malam, 4 Dis 2017 dan 8.45 malam, 6 Dis 2017.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Shariff didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama.

Pertuduhan ketiga pula didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.

Ketiga-tiga seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Khazrin Haffiz Khalil manakala Mohd Shariff diwakili peguam Siti Rasidah Abd Radzak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Termasuk Timbalan Pengerusi NGO Ditahan Disyaki Seleweng Dana Zakat RM230 Juta

Tiga Individu Termasuk Timbalan Pengerusi NGO Ditahan Disyaki Seleweng Dana Zakat RM230 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk seorang Timbalan Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd