• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Kartel Dadah ‘El Chapo’ Didapati Bersalah

oleh
13/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Ketua kartel paling terkenal di dunia, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang berjaya bangkit dari kemiskinan di luar bandar Mexico sehingga membina empayar dadah dunia dan mengumpul wang berbilion dolar didapati bersalah di mahkamah Amerika Syarikat (AS), semalam, atas tuduhan menjalankan perniagaan jenayah.

Juri di mahkamah persekutuan di Brooklyn mula menyampaikan keputusan, selepas perbicaraan selama 11 minggu. Guzman, 61, kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Guzman adalah antara yang memainkan peranan penting dalam perang dadah Mexico sehingga menjejaskan negara itu sejak 2006.

Dia diekstradisi ke AS untuk perbicaraan pada 2017, selepas ditahan di Mexico, setahun sebelumnya.

Walaupun ada pemimpin kartel kanan itu sudah diekstradisi sebelum ini, Guzman adalah yang pertama didakwa di mahkamah dan tidak mengaku bersalah.

Perbicaraan itu membabitkan kenyataan daripada lebih 50 saksi, sekali gus memberikan gambaran luar jangkaan terhadap pergerakan dalaman kartel Sinaloa yang dinamakan sempena negeri di barat laut Mexico, iaitu tempat lahir Guzman.

Lagenda Guzman berkisar kepada dua kejayaan melarikan diri daripada penjara di Mexico dan imej ‘Robin Hood’ yang diamalkan beliau dikalangan golongan miskin di Sinaloa.

Pendakwa raya AS berkata, dia menyeludup bertan kokain, heroin, ganja dan syabu ke AS selama lebih dua dekad sambil mengukuhkan kuasa di Mexico menerusi pembunuhan serta memerangi kartel pesaing. – Reuters

Tags: dadahEl Chapo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd