• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang”

oleh
22/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun PAS di pihak pembangkang sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.

“Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan…kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

“Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (PAS) jadi pembangkang demi kepimpinan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya selepas menyampaikan kuliah dhuha di Rusila, dekat Marang hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu mengulas kenyataan Dr. Mahathir semalam di Kuala Lumpur yang mahu melihat sama ada PAS mengotakan janji menyokong beliau jika usaha menggulingkan beliau berlaku.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan PAS itu adalah jaminan akan bersama Perdana Menteri atas dasar untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr. Mahathir.

Abdul Hadi juga memberi bayangan kurangnya penglibatan parti komponen PH membantu calon mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih seperti mengiakan wujudnya usaha menggulingkan Pengerusi PH itu. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangMahathir Mohamadpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh memuat naik gambar beliau bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor

ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor

08/06/2026
0

PENGUNDI Johor tidak mempunyai pilihan selain terus bersatu hati mengekalkan dominasi Barisan Nasional (BN) Itupun sekiranya dalam hati mereka mahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd