• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Tempoh Masa Tol Percuma Di 4 Lebuh Raya – PAS

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – PAS meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan tempoh tol percuma bagi empat lebuh raya yang disifatkan parti itu sebagai kurang berkesan dalam membantu meringankan beban hidup rakyat.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya menimbang memansuhkan kutipan ketika waktu puncak, bukan dari 11 malam hingga 5 pagi yang akan dilaksanakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya SMART.

“Jadi apabila buat (tol percuma) antara pukul 11 malam hingga 5 pagi itu, tidak tercapailah matlamat sebenarnya. Sebab apa buat waktu itu? (Sepatutnya) waktu kesesakan trafik orang pergi kerja itu yang patut di buat secara percuma. Itu tujuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi minum petang bersama penduduk setempat anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak di Batu 1, di sini, pada Ahad.

Pas juga berharap kerajaan Pakatan Harapan mengotakan janji menghapuskan tol seperti yang dilaungkan sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, katanya. – BERNAMA

Tags: PAStol percuma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd