• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaitan TRX Dengan 1MDB Akan Dilupakan

oleh
12/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange (TRX) akan segera menyaksikan orang ramai melupakan kaitannya dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Lendlease Asia, Tony Lombardo.

Beliau berkata, tiada masalah dalam mendapatkan penyewa di TRX manakala HSBC akan pindah masuk ke bangunan ibu pejabatnya yang baharu yang sedang dalam pembinaan di TRX.

Berhubung kebimbangan terhadap kaitan projek itu dengan 1MDB, Lombardo berkata, daripada perspektif Lendlease, rakan kongsi syarikat ialah Kementerian Kewangan (MOF).

Lombardo berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini selepas pelancaran TRX Lifestyle Quarter oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang turut menyaksikan majlis menandatangani kemudahan pembiayaan RM2.15 bilion membabitkan HSBC Malaysia, Standard Chartered Bank Malaysia, Malayan Banking Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation.

“Seperti yang dikatakan oleh menteri kewangan sebelum ini (dalam ucapannya) hari ini, MOF telah melakukan kajian (ke atas TRX) apabila mereka (kerajaan baharu) berkuasa. Perkataan yang beliau gunakan adalah ‘detoxification’ (nyahtoksik) dan itu merupakan perkataan yang penting untuk diingati,” katanya.

Lombardo juga berkata, tadbir urus korporat amat penting bagi syarikat.

“Kami sendiri turut melakukan kajian sepatutnya ke atas projek ini. Kami berasa selesa dengan risiko dan urus niaga yang kami telah rundingkan dengan MOF pada masa itu,” katanya.

Lendlease Corp. Ltd. yang berpangkalan di Australia ialah pemaju TRX Lifestyle Quarter di tapak seluas 6.88 hektar. – BERNAMA

Tags: Tun Razak Exchange
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TH Terlepas Jana Untung Besar Bila Jual Tanah TRX

19/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) terlepas peluang untuk menjana keuntungan besar apabila mengambil keputusan menjual tanahnya di TRX...

Tabung Haji Tidak Akan Jual Tanah Di TRX

26/07/2016
0

KELANA JAYA - Tabung Haji bertegas untuk tidak menjual tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd