Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Semua Pihak Perlu Berganding...

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengajak semua...

30 Ahli Parlimen BN...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Tengku Abdullah Sedia Jumpa...

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Netizen Beri 7 Sebab...

PENGACARA popular, Neelofa kini sudah terbang tinggi bukan sahaja dalam dunia hiburan malah...

Jurufoto ‘Terjun’ Kawah Gunung Berapi Aktif

IBARAT menggadai nyawa, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang sanggup masuk ke kawasan gunung berapi aktif.

Christopher Horsley, 26, dari Ormskrik, Barat Lancs menggunakan tali untuk masuk ke kawah gunung berapi dengan tahap kepanasan 700 darjah celcius.

Foto sewaktu dia melakukan aktiviti itu di Vanuatu, Pasifik Selatan turut menjadi tular.

“Ini adalah kali pertama ketiga-tiga kawah aktif sekaligus dan saya akan masuk ke kawasan cecair magma.

“Saya ingin memperkenalkan cara baharu yang selamat untuk masuk ke kawasan gunung berapi.

“Saya memang suka benda mencabar. Sewaktu remaja saya teringin nak sertai tentera udara.

“Selepas itu baru saya minat aktiviti lasak seperti mendaki dan buat aktiviti seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, gunung berapi yang ditawannya baru-baru ini masih lagi aktif dan tidak pernah meletus sejak 1913.


Selain meneroka kawasan itu, Christopher yang juga seorang jurufoto turut merakam panorama di situ.

Dia yang kini menetap di Amsterdam turut menegaskan tindakan yang dilakukannya adalah dijamin selamat.

“Saya memang minat nak rakam gunung berapi, kepelbagaian kaum dan fenomena yang unik.

“Di gunung berapi, saya menggunakan kabel tali dari aras tinggi. Ia memang selamat,” ujarnya lagi. – Mirror.UK

Kategori