• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Instagram Papar Komik Lelaki Islam Gay Ditutup

oleh
16/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Satu akaun Instagram memaparkan jalur komik mengenai keperitan hidup yang dihadapi oleh lelaki Islam homoseksual telah ditutup.

Ia susulan akaun tersebut dilabel sebagai “pornografik” dan diancam tutup oleh pihak berkuasa Indonesia.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Informatika negara itu, Instagram telah membuang akaun bernama @Alpantuni berkenaan susulan laporannya atas pelanggaran peraturan media sosial itu.

Bagaimanapun, Instagram mengaku tidak terlibat dalam hal tersebut.

“Terdapat beberapa sebab lain mengapa satu-satu akaun itu tidak dapat diakses. Contohnya, jika pemegang akaun membuang atau menyahaktifkan akaunnya, ataupun menukar nama pengguna akaunnya.”

Peristiwa ini tercetus selaku penentangan kerajaan dan orang umum terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara yang mempunyai rakyat Islam terbesar di dunia itu.

Menteri Komunikasi, Rudiantara pada awalnya telah menyarankan bahawa Instagram berkemungkinan disekat di negara itu sekiranya akaun tersebut tidak dibuang.

Beliau berkata kepada CNN Indonesia, “Bahan yang mempromosi LGBT bercanggah dengan peraturan kesihatan, peraturan agama dan kefahaman budaya. Ia sememangnya tidak sesuai di Indonesia.”

Sebelum ia dibuang, kebanyakan komik yang dimuat naik ke akaun tersebut menggambarkan kisah seorang lelaki homoseksual berasal daripada sebuah keluarga alim di Indonesia yang bergelut dengan identitinya.

Antara muat naik ke akaun tersebut memaparkan sebuah gambar dengan dua lelaki di katil yang kemudiannya dibuli kerana orientasi seksualnya.

Akaun tersebut telah mengumpul sebanyak 6,000 pengikut sebelum dinyah aktifkan. – Agensi

Tags: gayhomoseksualIndonesiaLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd