• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Amah Indonesia Diseksa Hingga Mati Tuntut Bela

oleh
13/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETAHUN selepas kematian pembantu rumah Indonesia yang dipaksa tidur di luar bersama seekor anjing, ibunya tampil menuntut keadilan susulan beberapa kes penderaan lain di mahkamah Malaysia.

Kematian Adelina Lisao membangkitkan kemarahan orang ramai. Majikannya, seorang ibu dan anak perempuannya, didakwa di mahkamah kerana membunuh dan menggaji warga asing tanpa dokumen sah, tetapi perkembangan kes berkenaan agak perlahan.

“Sudah setahun saya kehilangan anak,” kata ibu Adelina, Yohana Banunaek kepada pemberita pada Selasa, menerusi Skype dari bandar Kupang, Indonesia.

“Dia meninggal dunia bukan kerana sakit tetapi kerana diseksa,” tambahnya sempena penghormatan kepada setahun pemergian Adelina.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran pada Selasa mengulangi bahawa Malaysia sedia untuk ‘mengisytiharkan perang’ terhadap pemerdagangan orang dan buruh paksa, sambil menambah bahawa kajian semula terhadap buruh sedang dijalankan.

Kematian Adelina merupakan antara kes penderaan pendatang berprofil tinggi di Malaysia, sebuah negara yang banyak bergantung kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor, dari pembuatan kepada perladangan dan kerja-kerja domestik.

Malaysia mempunyai hampir dua juta pekerja asing, namun terdapat pihak yang menganggarkan berjuta lagi bekerja di negara ini secara haram, dengan kebanyakan mangsa pemerdagangan ditipu dengan janji bayaran lumayan.

Indonesia dan Kemboja, negara sumber utama pekerja asing kepada Malaysia sebelum ini mengadakan sekatan sementara kepada warga mereka daripada bekerja di Malaysia termasuk pembantu rumah berikutan pelbagai kes penderaan.

Adelina yang berusia 20an, diselamatkan dari rumah majikannya di Pulau Pinang pada 10 Februari tahun lalu, selepas jiran-jiran membuat laporan dia tidur di sebalah anjing di kawasan parkir kereta di rumah tersebut.

Dia ditemui dengan kesan lebam di muka dan meninggal dunia keesokan harinya, akibat kecederaan yang dialaminya.

“Selepas setahun, masih tak ada keadilan,” kata pengarah eksekutif kumpulan hak pekerja asing Tenaganita, Glorene Das.

“Ini bukan kes yang terpencil. Kami mempunyai sejumlah kes yang difailkan di mahkamah membabitkan isu gaji yang tidak dibayar, dipecat tanpa sebab dan potongan… tetapi kes-kes tersebut masih di situ,” katanya.

Malaysia pada bulan lalu memberitahu, ia memikirkan undang-undang yang berasingan untuk melindungi pekerja domestik.

Tenaganita menyambut baik langkah itu, yang menyifatkan kumpulan pekerja itu amat terdedah kepada buruh paksa disebabkan sifat mereka yang terpencil dalam isi rumah.

Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) 2018 meletakkan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian Tier 2 iaitu peringkat kedua terendah, kerana tidak memenuhi piawaian minimum dalam usaha membanteras pemerdagangan manusia. – Reuters

Tags: amah indonesiapembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd