Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Pelajar Sekolah Ditahan...

JOHOR BAHRU - Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai...

‘Datuk Seri’ Antara Ditahan...

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket judi dalam talian dan mesin slot...

Dewan Rakyat Bincang Usul...

KUALA LUMPUR - Kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan Ranau, Sabah, Jumaat lepas...

6 Penjuru Di Parlimen...

BALIK PULAU : Kerusi Parlimen Balik Pulau yang dianggap antara kerusi panas pilihan...

Gadis Mangsa Buli XXXL Berubah, Susut 82kg!

SUKAR mengawal tabiat makan membawa padah apabila berat badan gadis ini meningkat sehingga 171 kilogram (kg).

Pada usia 21 tahun, Alysha McNair begitu berselera memakan makanan segera, malahan pernah ke lima restoran untuk benar-benar kenyang.

Jika 2,000 kalori makanan yang sebaiknya diambil wanita setiap hari, tetapi kadar makanan Alysha dua kali ganda.

Akibatnya dia yang hanya boleh muat baju bersaiz XXXL ini berdepan masalah dibuli hingga terpaksa berhenti pada usia 14 tahun.

“Saya tercekik ketika minum pada usia 17 tahun dan sukar bernafas,” katanya yang turut berdepan masalah tekanan perasaan.

Bermula saat itu gadis dari British Columbia, Kanada ini terfikir, jika apa yang dilakukannya itu berterusan dia perlu memilih antara berubah atau mati.


Sejak itu juga, tiada lagi makanan segera dan Alysha menjadi pengunjung gim dan mula merakam perubahan dirinya menerusi diari dalam talian.

Kini dia susut 82kg, separuh daripada berat badan asalnya!

Alysha kini menghabiskan masanya di gim sebagai jurulatih dan memberi inspirasi kepada wanita lain yang juga mengalami masalah berat badan melampau dengan memuat naik gambar perubahan dirinya di media sosial. – Heraldsun.com

Kategori