• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan 30,000 Orang Akan Hilang Kerja Tak Benar

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran hari ini menyangkal dakwaan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa kira-kira 30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini.

“Sebaliknya, dengan kurang daripada 24,000 pengangguran yang dicatatkan tahun lepas, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka.

“Kadar pengangguran menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa, tiada apa yang menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraianj perjanjian bersama antara Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (CTM) dan Persatuan Kakitangan Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (COMSA) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan CTM, Hoe Loo Fee.

Baru-baru ini, pengarah eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan menganggarkan bahawa 30,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini memandangkan peningkatan kos menjalankan perniagaan sebagai faktor utama jumlah pekerja yang diberhentikan meningkat.

Shamsuddin berkata bahawa persekitaran ekonomi di dalam dan luar Malaysia adalah sukar dan ini menimbulkan cabaran utama bagi majikan untuk mengekalkan keuntungan mereka.

Sementara itu, Perjanjian Bersama yang ditandatangani hari ini menawarkan pakej imbuhan dan faedah tambahan kepada pekerja CTM termasuk peluang untuk bekerja dari rumah danwaktu fleksibel. – BERNAMA

Tags: kula segaranpengangguran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – DAP tidak boleh mengambil sikap 'lepas tangan' berhubung kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

11/08/2022
0

PUTRAJAYA : Pelbagai inisiatif digerakkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran dalam negara sehingga 3.8 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd