• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cetak Wang Palsu Tampung Kos Kahwin

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Terdesak menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan polis tengah hari Sabtu dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu itu dengan wang tulen.

Katanya, siasatan polis mendapati suspek menyerahkan wang berkenaan kepada tunangnya, namun keaslian wang tersebut dicurigai dan suspek dinasihati membuat laporan polis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari ATM.

“Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan RM4,000 dari ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan, tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsu kepada tunangnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, suspek yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac depan, ditahan Sabtu dan polis merampas 25 keping wang kertas RM100 dan 30 keping RM50 serta seunit mesin pencetak.

Katanya, suspek direman 4 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: cetak wang palsuTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd