Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Hong Kong Airlines Mulakan...

KUCHING - Penerbangan sulung Hong Kong Airlines ke Kuching diberi sambutan semburan air...

Fathia Dikecam ‘Persenda’ Uniform...

GARA-GARA memuat naik gambar memakai pakaian seragam tentera darat lengkap berlencana, pelakon Nur...

Syurga Kucing Terbiar

SIAPA sangka hanya bermula dengan hobi memelihara kucing terbiar yang diselamatkan di tepi...

COVID-19: 5,566 Kes Baharu,...

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,566 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu,...

Bekas Penjaga Gol Negara ‘Abe Mat’ Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Bekas penjaga gol kebangsaan, Awang Esa, meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham, yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak lima bulan lalu serta menghidap kanser tahap empat, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 pagi selepas dimasukkan ke hospital lebih sebulan lalu.

Beliau, yang sudah lama menghidap penyakit berkenaan, sebelum ini banyak terlantar di katil malah dimasukkan ke HUSM beberapa kali sejak September lalu bagi mendapatkan rawatan dan terakhir kali dimasukkan ke hospital itu pada 19 Januari lalu.

Allahyarham pernah menjadi penjaga gol kebangsaan pada 1969 dan lebih dikenali dengan panggilan ‘Abe Mat’.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Menurut anak bongsunya, Aisya Fatihah Awang, yang juga wartawan Sinar Harian Kota Bharu, ayahnya sepatutnya meraikan hari lahirnya esok dan sempat pesan pada anak-anak untuk membeli kek dan diberikan kepada doktor dan jururawat yang menjaganya.


“Jenazah disembahyangkan di Masjid Telipot dan lebih 200 kenalan arwah memberi penghormatan terakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telipot, di sini.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol selepas Zuhur. – BERNAMA

Kategori