Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Sibu Serbu Premis...

SIBU – Polis Sibu menahan seorang pengusaha gerai makanan selepas menyerbu sebuah premis...

Aksi Final Bola Sepak...

ANTARA acara yang turut menarik minat warga Felda sempena Hari Peneroka 2017 peringkat...

Guna MySejahtera Kesan Kontak...

PORT DICKSON: Penggunaan aplikasi MySejahtera diperlukan ketika negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik,...

Barisan EXCO Johor Dibarisi...

MUAR - Barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu dijangka dibarisi...

Bayi Dikeluarkan Dari Rahim, Kemudian Masuk Semula

SEORANG ibu mengandung telah menjalani satu pembedahan yang menyaksikan bayi dikeluarkan dari rahim untuk diberikan rawatan sebelum dimasukkan semula ke dalam perutnya.

Prosedur menakjubkan itu dilakukan untuk merawat bayi yang dikandung Bethan Simpson selepas ujian menunjukkan anaknya mempunyai masalah spina bifida.

Bethan, 26, dan suaminya, Kieron dari Burnham, UK, sebelum itu diberikan pilihan untuk menamatkan kehamilan, sebelum mereka mendapat tahu tentang adanya pembedahan tersebut.

Sehingga kini prosedur itu hanya dijalankan di Belgium, tetapi Bethan, yang dijangka akan bersalin pada April adalah seorang daripada sebilangan kecil ibu yang dikendalikan oleh pasukan pakar bedah Belgium dan Inggeris di London.

Ketika pemeriksaan rutin dilakukan semasa usia kandungannya 20 minggu, seorang jururawat menunjukkan kepada Bethan bahawa kepala bayi yang belum lahir itu tidak menunjukkan ukuran yang sepatutnya.

Dia dihantar ke Hospital Broomfield di Chelmsford, Essex, di mana bayi itu didiagnosis dengan spina bifida, keadaan di mana saraf tunjang bayi tidak sepenuhnya berkembang dalam rahim.

Spina bifida adalah keadaan yang mana sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebab­kan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, kadangkala seawal bulan pertama kandungan.

Ia boleh menjejaskan keupayaan anak Bethan untuk berjalan.

Dia berkata: “Bidan kami membuat temujanji di London. Dalam masa 48 jam, kami berada di London untuk membuat imbasan di kepala dan tulang belakangnya.

“Selepas itu kami diberitahu anak perempuan kami mempunyai spina bifida.

“Kami diberi pilihan untuk meneruskan kehamilan, mengakhiri kehamilan atau pilihan baharu yang disebut pembedahan janin yang dapat memperbaiki keadaannya sebelum dia dilahirkan.

“Kami terpaksa melakukannya walaupun terpaksa berdepan kriteria ketat yang mana saya dan bayi perlu menjalani ujian cairan amniotik, MRI dan imbasan tanpa henti.


“Akhirnya kami mendapat kelulusan dan merancang pembedahan. Pada masa itu kehidupan kami kucar-kacir selama beberapa minggu.”

Pembedahan pembaikan janin untuk spina bifida akhirnya dilakukan ketika usia kandungan sekitar 24 minggu.

Pakar dari Hospital University College Great Ormond Street di London memainkan peranan utama dalam proses ini dan Bethan menjadi ibu keempat di UK yang menerima pembedahan ini.

“Pakar bedah paling terkenal di seluruh dunia dari Hospital University College London dan Belgium yang menjaga saya.”

Pembedahan tersebut melibatkan pemindahan bayi dari rahim Bethan dan membaiki saraf tunjangnya sehingga bayi mempunyai peluang yang lebih besar untuk menjalani kehidupan normal.

Bayi itu kemudian diletakkan semula dalam rahim Bethan untuk dia meneruskan kehamilan dan pembedahan itu berjaya.

“Malangnya 80 peratus bayi belum lahir di England ditamatkan kehidupan mereka apabila ibu bapa diberitahu tentang keadaan ini.

“Saya masih dapat rasa dia menendang perut saya, itu tidak pernah berubah. Dia istimewa, dia adalah sebahagian daripada sejarah.” – Mirror

Kategori