• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmi Sharom Timbalan Pengerusi SPR Baharu

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Azmi Sharom, dilantik Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Beliau yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam International Environmental Law, University of London, School of Oriental and African Studies, turut memegang jawatan Ketua Kumpulan Penyelidikan Hak Asasi Manusia, Fakulti Undang-undang UM.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar, dalam satu kenyataan hari ini, berkata empat lagi lantikan Ahli SPR ialah Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlah Ibrahim dan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Chin Phaik Yoong.

Turut dilantik, Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Faizal S Hazis dan Zoe Randhawa daripada BERSIH 2.0.

Katanya, lantikan berkenaan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berdasarkan Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai anggota SPR sehingga mencapai usia 66 tahun, selaras dengan Fasal (3), Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ramlah, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Perhubungan Antarabangsa dari University of Webster, Amerika Syarikat (AS), pernah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York dari 2015 hingga 2017.

Chin Phaik, yang memiliki Ijazah Sarjana Perancangan Tenaga Manusia dan Organisasi/dasar Awam dari University of Pittsburgh, AS, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dari 2011 hingga 2014.

Faizal pula yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), turut berkhidmat sebagai Ketua Centre for Asia Studies, UKM sejak 2016.

Zoe yang terbabit sebagai Pegawai Advokasi dan Pendidikan BERSIH 2.0 dari 2014 hingga 2018, memiliki Ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam Government (Politics), London School of Economics and Political Science. – BH Online

Tags: Azmi SharomSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd