• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Dakwa Negara Asing Dalang Serangan Siber

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata serangan siber ke atas penggubal undang-undang Australia baru-baru ini, dipercayai didalangi negara asing.

Beliau berkata, ia turut menjejaskan rangkaian parti politik utama menjelang pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini.

Baru-baru ini, kesemua penggubal undang-undang diminta menukar segera kata laluan masing-masing, selepas agensi perisikan siber Australia mengesan serangan ke atas rangkaian komputer Parlimen.

Morrison ketika membentangkan laporan awal siasatan berkata, penggodam berjaya menyerang rangkaian parti politik utama Australia.

“Pakar siber percaya negara asing bertanggungjawab terhadap aktiviti berniat jahat ini.

“Kami juga sedar rangkaian membabitkan beberapa parti politik utama, iaitu Liberal, Buruh dan Kebangsaan turut terjejas,” katanya kepada Parlimen.

Namun, Morrison tidak mendedahkan mengenai maklumat yang berjaya digodam, tetapi berkata tiada bukti menunjukkan terdapat campur tangan dalam proses pilihan raya.

Beliau juga tidak mendedahkan nama mana-mana suspek, tetapi penganalisis kerajaan berkata, China, Russia dan Iran disyaki dalang kejadian berkenaan. – Reuters

Tags: Australiaserangan siber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd