Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Suspek IS Terima Arahan...

KUALA LUMPUR - Beroperasi menggunakan kod nama Gagak Hitam, sel pengganas ini terdiri...

Penguatkuasaan Undi 18 Tahun...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara...

Kadar Pengangguran Di Sabah...

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kadar pengangguran yang tinggi mencapai lapan peratus pada 2020...

Pembangkang Bantah Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang membantah cadangan kerajaan untuk meminda Akta Hasutan 1948...

AR Badul Kena Serangan Jantung

PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.

“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.

“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.

“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Maizatul, suaminya berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.


“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,” katanya.

Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya. – myMetro Online

Kategori