• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AR Badul Kena Serangan Jantung

oleh
18/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.

“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.

“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.

“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Maizatul, suaminya berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,” katanya.

Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya. – myMetro Online

Tags: AR Badulserangan jantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

Bayi Maut Dihempap Lengan Bapa Kena Serangan Jantung, Bapa Turut Meninggal

19/06/2025
0

MELAKA: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung di...

Jaafar Alami Serangan Jantung Ketika Lakukan Prosedur Endoskopi

Jaafar Alami Serangan Jantung Ketika Lakukan Prosedur Endoskopi

03/04/2024
0

SERDANG : Anak angkat kepada Jaafar Onn, 73, iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memaklumkan arwah meninggal dunia ketika sedang menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd