• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yadim Kini Jadi Institusi Dikuasai Politik Sempit PH

oleh
30/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANA janji-janji pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kononnya tiada lagi lantikan politik dalam agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) atau yayasan berkaitan kerajaan?

Demikian persoalan cepumas dilontarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebooknya sebagai ulas isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Terkini, hampir semua lantikan baharu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang terdiri daripada ramai pemimpin jawatan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) dari kalangan PAN, PPBM, PKR dan DAP.

“Boleh lihat perbandingan dengan waktu zaman BN dulu, hanya seorang sahaja terlibat aktif politik, itupun atas kapasiti Menteri Agama Sabah, yang lain tokoh akademik, mufti, agamawan dan bekas pegawai kerajaan,” tegasnya.

Baca: DAP Bakal Kawal Yadim Dalam Misi Hancurkan Islam

Hari ini, satu senarai yang didakwa sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang baharu tersebar tersebar tular menerusi media sosial sehingga dikutuk ramai netizen tempatan sebagai tidak wajar ada campur politik.

“Mungkin inilah acuan Malaysia Baharu Rahmatan Lil Alamin model Kekanda YB Dr. Mujahid Yusof Rawa,” sindir Asyraf Wajdi lagi yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam senarai itu calon Pilihan Raya Umum dari PAN, Nik Omar Nik Abdul Aziz didakwa sebagai Yang Dipertua Yadim dan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin pula dilantik jadi Timbalan Yang Dipertua Yadim.

Sepuluh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim juga didakwa terdiri daripada lantikan politik termasuk Ahli Dewan Udangan Negeri Paloh, Sheikh Omar Baghrib Ali iaitu ahli DAP Melayu di Johor. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Asyraf Wajdi DusukiYADIM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd