Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Teksi Motosikal ‘Dego Ride’...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' dihentikan serta-merta...

Pahang Sasar Keluar 28...

BENTONG - Pahang menyasar untuk mengeluarkan sebanyak 28 juta biji kelapa menjelang tahun...

260 Pendatang Cedera Kena...

IDOMENI (Greece) - Sekurang-kurangnya 260 pendatang cedera, semalam apabila anggota polis melepaskan gas...

Trafik Menuju Selatan Bergerak...

PETALING JAYA: Keadaan trafik menuju ke arah selatan di Lebuh Raya Utara Selatan...

Yadim Bakal ‘Lari’ Daripada Matlamat Asal – PAS

PAS menyifatkan penstrukturan baharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di bawah Pakatan Harapan (PH) akan bawa badan itu lari jauh matlamat asal penubuhannya pada 1974 lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata, pi­hak­nya ragui pendekatan baharu Ya­dim akan capai matlamat penubuhannya untuk selaras kegiatan badan dakwah dan badan bukan kerajaan berteraskan Islam.

Beliau berkata, sebaliknya Yadim akan berubah jadi entiti untuk kepentingan politik PH berdasarkan komposisi ahli Lembaga badan itu yang kini dibarisi sebahagian besarnya oleh kalangan pemimpin parti-parti PH termasuk DAP.

“Bagi PAS, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Sheikh ‘Umar Ali, sebagai seorang Ahli Lembaga Yadim memperlihatkan Kerajaan PH akan membiarkan Yadim turut dicorakkan oleh DAP.

“Walhal DAP selama ini diketahui umum sebagai tidak pernah bersetuju dengan sebarang dasar Islam ketika era Barisan Nasional (BN) berkuasa 60 tahun walaupun tidak langsung melibatkan rakyat bukan Islam sendiri.

“Ini termasuklah sikap DAP terhadap peruntukan jelas Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Islam dan institusi agama Islam, usa­ha perkasakan Mah­kamah Syariah dan pelaksanaan Syariat Islam negara ini,” katanya.


Takiyuddin turut berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof bahawa pelantikan Sheikh ‘Umar adalah sesuai kerana kelayakannya yang memiliki ijazah bidang Usuluddin amatlah dang­­kal.

Ini kerana ujar Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Sheikh ‘Umar sebagai seorang ADUN DAP, beliau tentu terikat kepada dasar siasah DAP, bukannya kepada bidang ilmu yang dipelajarinya di universiti.

“PAS merasakan ramai lagi to­koh agama yang lebih berwi­bawa dari segi ilmu dan mendapat keyakinan umat Islam berbanding beliau, walaupun bukan keturunan ‘Sheikh’, boleh dilantik menduduki Lembaga Yadim,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori