• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajar Tingkat Hubungan Dengan China – Chin Tong

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Melihat kepada perkembangan ekonomi dan politik negara China yang semakin bertambah kukuh malah ada yang menjangkan ia akan menjadi sebuah negara ‘kuasa besar’ di masa akan datang, adalah wajar bagi Malaysia untuk menimbangkan langkah-langkah bagi meningkatkan lagi hubungannya dengan negara itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berpendapat bahawa pada masa yang sama, perlu juga dilihat bagaimana China berhubung dengan Malaysia, di mana ia seharusnya dengan cara yang lembut atau pendekatan yang cukup selesa buat kedua-dua negara.

“Ideanya ialah Malaysia mahukan suatu dasar luar dengan ruang yang luas dan bebas, kita tidak mahu dilihat menjadi proksi kepada sesiapa pada masa akan datang, dan pada masa yang sama kita mahukan satu hubungan yang benar-benar bermakna,” katanya dan menambah bahawa ia adalah pandangan peribadinya, dan tidak seharusnya dilihat dari konteks peranannya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Liew adalah salah seorang ahli panel dalam forum “Kerangka Kerja Keselamatan Nasional bagi Asean dalam Dunia Multi-Polar” anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia (JCI), di sini pada Rabu.

“Seterusnya apabila kita bercakap mengenai kuasa besar, kita perlu mengekalkan jarak kita yang saksama di antara mereka, kita tidak mahu dilihat terlalu condong kepada China, atau terlalu condong kepada Amerika Syarikat, kita mahukan supaya kita dapat beritahu mereka, bahawa kami rakan kepada kedua-duanya,” tambahnya.

Forum itu diadakan bagi mengkaji perkara-perkara yang mempunyai kepentingan nasional dan serantau, menyediakan platform bagi membincangkan dasar-dasar yang innovatif, di samping memupuk perbincangan intelektual berhubung tajuk-tajuk yang menyeluruh, dari isu keselamatan sehingga kepada isu kelestarian.

Forum JCI yang pertama tahun ini mengkaji bagaimana negara seharusnya menangani suasana pasca-Perang Dingin dan pasca-hegemoni antarabangsa. – BERNAMA

Tags: ChinaLiew Chin Tong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong

Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong

26/09/2026
0

MELAKA - Malaysia memerlukan penyertaan aktif lebih ramai golongan muda sekiranya mahu melihat sebuah Malaysia baharu yang lebih baik untuk...

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd