• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Aksi Bos Kehakiman Tari Amat Aib

oleh
20/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIB… Penularan video ‘majlis tari’ yang libat personaliti seperti menteri, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara adalah suatu yang amat memalukan institusi kehakiman serta perundangan negara.

Kekesalan itu diluahkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika beliau mengulas perkara tersebut dan berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dalam era konon pentadbiran Malaysia Baharu!

Lebih-lebih lagi ia menampilkan watak ternama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri.

Tidak ketinggalan penglibatan peguam politik pro-Pakatan Harapan (PH) antaranya Datuk Ambiga Sreenevasan dan Siti Kasim. Menurut beliau, sejak dahulu lagi, senario institusi kehakimanan dan perundangan negara amat sensitif.

Ini termasuk dengan apa juga bentuk pergaulan sosial terutama para hakim tempatan dengan masyarakat yang mampu gugat keyakinan rakyat terhadap imej kehormatan, nilai etika, kredibiliti integriti dan adab susila mereka.

“Apatah lagi jika melibatkan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang bersosial dengan ahli politik dan individu berprofil tinggi pro-PH. Pastinya acara itu boleh undang kontroversi dan hakis kepercayaan rakyat.

“Ini kerana penyandang jawatan terbabit bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan di mahkamah yang bakal mereka ambil kelak,” kata Asyraf Wajdi dalam nada kesal menerusi kenyataan kepada media di ibu negara hari ini.

Beliau mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan beberapa individu berprofil tinggi dan dihormati dalam sistem undang-undang serta pentadbiran negara sedang menari lincah di pentas pada satu majlis makan malam.

Jelas Asyraf Wajdi, tingkah laku mereka juga terkait dengan mantra yang harus mendasari sistem kehakiman dan perundangan negara iaitu ’keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, bahkan mesti dilihat dilaksanakan’.

Justeru, katanya, sayap UMNO tersebut melahirkan perasaan amat kecewa dengan penularan video majlis sosial berkenaan yang hakikatnya telah berjaya calar maruah institusi kehakiman dan sistem keadilan negara sendiri.

Ini terutama institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat kian hilang kredibiliti dan nilai integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan yang mula dipersoalkan rakyat. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Asyraf Wajdi DusukiRichard MalanjumTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

24/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd