• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi Calon Muslim, Semua Selamat – PAS

oleh
27/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KITA kena letak tanggungjawab pilih orang yang beriman dan budiman, pada kita calon yang budiman dan beriman itu penting, bukan saja bagi orang Islam tapi juga bukan Islam.”

Demikian amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands esok.

Abdul Hadi berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam yang bakal keluar mengundi perlu menyokong dan memilih calon Islam bagi menjamin kesejahteraan dan negara selamat.

Malah, kata beliau, bagi orang Islam sendiri, mereka wajib menyokong calon pemimpin mereka yang beragama Islam terutama yang mempunyai sifat keislaman, beriman serta budiman.

Beliau seterusnya berkata, para pengundi beragama Islam atau bukan Islam perlu menolak pemimpin yang dipilih oleh DAP kerana parti tersebut sentiasa negatif terhadap Islam.

“Kita harap rakyat termasuk bukan Islam yang pilih calon DAP yang menunjukkan tanda-tanda negatif terhadap Islam, dia tak boleh sembunyikan yang merupakan oportunis untuk dapat kuasa politik semata-mata tanpa ambil kira perlembagaan yang menyuruh Islam sebagai agama Persekutuan dan hak kebebasan agama lain.

“Kita minta kaum bukan Islam, kalau mau selamat, jangan undi dia (calon dipilih DAP). Undi calon Islam semua selamat, orang Islam dan bukan Islam pun selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya sejurus selesai mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd